Wednesday, 19 September 2018

Hobiku ialah Diriku


Hai ☺ Ni nak cerita sikit pasal saya punya hobi. Hobi saya ni sebenarnya biasa-biasa sahaja sebab rasanya ramai yang ada hobi sama macam saya jugak. Apakah hobi saya? Hobi saya ialah bersenam . Saya dah bersenam sebenarnya sejak kecil, tapi mula konsisten sejak 2014 iaitu semasa berada di tingkatan 4. Punca utama saya mula bersenam adalah sebab saya seorang yang sangat kurus dan badan saya sangat lemah. Bila kawan-kawan ajak main permainan yang memerlukan kekuatan, mesti saya orang pertama yang kalah. Jadi, dari situlah timbul perasaan untuk mula bersenam. Satu hari tu, timbul rasa nak mula pergi ke gymnasium sebab dekat jer dengan rumah saya. Sampai gym tu, saya memang rasa blur sebab tak tahu nak buat senaman macam mana. Saya cuba angkat beban untuk senaman dada tapi tak larat. So, beban tu jatuh atas badan saya tapi nasib baik slow jer jatuh 😂😂😂 Sejak dari tu, saya belajar cara untuk bersenam dari "Youtube" sebab dekat "Youtube" ni ada banyak saluran yang berkaitan senama. Memang boleh balajar dari awal sampai habis tentang senaman ni dari "Youtube". Dari situ, saya dah mula boleh buat senaman dengan betul tanpa sebarang kecederaan setakat ini. Hasil juga saya sudah boleh nampak lepas beberapa bulan bersenam dengan konsisten. Selain menguatkan badan, bersenam juga membantu saya untuk meningkatkan keyakinan diri kerana apabila melakukan senaman beban yang berat, ia memerlukan mental yang sangat kuat supaya beban tersebut dapat diangkat. Jadi, sebab itulah bersenam menjadi hobi saya yang paling saya suka dan akan buat bila-bila masa sahaja jika saya berkelapangan. 
























Sunday, 16 September 2018

Minggu Pertama sebagai Pelajar UKM

Minggu pertama di UKM ....


     Assalamualaikum dan selamat sejahtera . Saya Muhammad Aiman Bin Fakhruddin telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti yang paling berprestij di Malaysia iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya telah mendaftar di UKM pada 2/9/2018. Pendaftaran perlu dibuat di fakulti iaitu untuk saya ialah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan serta di kolej kediaman saya iaitu Kolej Aminuddin Baki. Pada petang itu , kami perlu turun ke K4 di kolej kediaman untuk menjalankan beberapa aktiviti yang bertujuan untuk bermesra sesama pelajar baharu. Keesokannya, setiap pelajar menjalankan aktiviti di fakulti masing-masing. Bagi pelajar dari FEP , kami bermain 'explorace' yang dijalankan atas tujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar baharu tentang selok-belok fakulti tersebut. Pada hari selasa dan rabu pula , setiap pelajar perlu bergerak ke domain masing-masing. Setiap pelajar telah mendaftar domain masing-masing ketika pendaftaran atas talian. Domain yang diadakan semua menyeronokkan tau  😄  Malam rabu itu pula, UKM mengadakan "Malam Tunas Budaya" iaitu persembahan kebudayaan yang disertai pelajar-pelajar baharu. Pada khamis malam pula, pihak universiti mengadakan "Majlis Ikrar" yang juga disertai oleh pelajar-pelajar tahun 1. Secara kesimpulannya, Minggu Mesra Mahasiswa yang dijalankan oleh pihak UKM sangat menyeronokkan dan lain daripada lain kerana UKM sememangnya luar biasa  🙌

Sikap penting (A,B,C,D,E) bagi pelajar

A - Attitude/Sikap - Pelajar yang berjaya mempunyai sikap yang positif. - Rajin mengambil bahagian dalam pelajaran. - Bertanya apab...