Sunday, 16 September 2018

Minggu Pertama sebagai Pelajar UKM

Minggu pertama di UKM ....


     Assalamualaikum dan selamat sejahtera . Saya Muhammad Aiman Bin Fakhruddin telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti yang paling berprestij di Malaysia iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya telah mendaftar di UKM pada 2/9/2018. Pendaftaran perlu dibuat di fakulti iaitu untuk saya ialah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan serta di kolej kediaman saya iaitu Kolej Aminuddin Baki. Pada petang itu , kami perlu turun ke K4 di kolej kediaman untuk menjalankan beberapa aktiviti yang bertujuan untuk bermesra sesama pelajar baharu. Keesokannya, setiap pelajar menjalankan aktiviti di fakulti masing-masing. Bagi pelajar dari FEP , kami bermain 'explorace' yang dijalankan atas tujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar baharu tentang selok-belok fakulti tersebut. Pada hari selasa dan rabu pula , setiap pelajar perlu bergerak ke domain masing-masing. Setiap pelajar telah mendaftar domain masing-masing ketika pendaftaran atas talian. Domain yang diadakan semua menyeronokkan tau  😄  Malam rabu itu pula, UKM mengadakan "Malam Tunas Budaya" iaitu persembahan kebudayaan yang disertai pelajar-pelajar baharu. Pada khamis malam pula, pihak universiti mengadakan "Majlis Ikrar" yang juga disertai oleh pelajar-pelajar tahun 1. Secara kesimpulannya, Minggu Mesra Mahasiswa yang dijalankan oleh pihak UKM sangat menyeronokkan dan lain daripada lain kerana UKM sememangnya luar biasa  🙌

No comments:

Post a Comment

Sikap penting (A,B,C,D,E) bagi pelajar

A - Attitude/Sikap - Pelajar yang berjaya mempunyai sikap yang positif. - Rajin mengambil bahagian dalam pelajaran. - Bertanya apab...