Friday, 28 December 2018

Kepentingan azam baharu


Kepentingan menentukan azam baharu

Apabila hampir menjelangnya tahun baru, pastinya riuh dengan masyarakat masing-masing ingin membentangkan tentang azam yang mereka ingin capai pada tahun hadapan.




Azam bukanlah perkataan keramat yang perlu disebut setiap kali tahun baharu menjelang. Malah ada di antara kita yang azamnya setiasa dibawa ke tahun-tahun akan datang, sebagai contoh, azam hendak menepati masa mengulang kaji pelajaran mengikut jadual yang telah disediakan. Bagi pelajar-pelajar yang biasa menepati masa, perkara ini nampaknya mudah ditunaikan berbanding bagi pelajar-pelajar yang tegar. Kebanyakan pelajar masih belum berjaya menunaikan perubahan positif yang dijanjikan.

'Saya berazam nak belajar bersungguh-sungguh pada tahun ini', adalah azam utama dan paling popular yang dipilih oleh pelajar-pelajar sekolah pada setiap tahun demi mencapai citi-cita memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang bakal mereka duduki nanti.

Secara umumnya, azam baharu merupakan suatu perubahan. Walaupun kita tak menjanjikan berlakunya perubahan, tetapi dengan perkataan itu sendiri, bakal terbit nilai perubahan atau ingin berubah dari suatu sifat ke sifat lain.

No comments:

Post a Comment

Sikap penting (A,B,C,D,E) bagi pelajar

A - Attitude/Sikap - Pelajar yang berjaya mempunyai sikap yang positif. - Rajin mengambil bahagian dalam pelajaran. - Bertanya apab...