Friday, 9 November 2018

Pengajaran dari siri anime Naruto






Mereka yang lahir tahun 90-an pastinya kenal dengan nama "Uzumaki Naruto". Uzumaki Naruto adalah nama seorang watak anime dari anime "Naruto" yang sangat terkenal termasuk di Malaysia. Mengapakah kanak-kanak dan remaja sangat tergilakan anime ini? Adakah kerana aksi semata-mata?Sebenarnya anime "Naruto" ini banyak memberi pengajaran berkenaan kehidupan. Uzumaki Naruto adalah seorang yatim piatu sejak bayi kerana ibu bapanya mati ketika melindunginya daripada serangan musang ekor sembilan. Musang itu kemudian dikurung di dalam badan Naruto. Akibat daripada serangan musang itu, ramai rakyat Konoha yang telah terbunuh. Penduduk Konoha amat benci akan Naruto kerana musang itu dikurung di dalam badan Naruto. Namun, Naruto tidak pernah sesekali benci akan penduduk Konoha. Naruto kemudiannya bertemu Sasuke yang juga kehilangan seluruh keluarganya kerana dibunuh oleh abangnya sendiri. Tidak seperti Naruto, Sasuke adalah seorang yang amat pendendam dan dia menginginkan kuasa supaya dapat membunuh abangnya. Sasuke sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapat kuasa walaupun terpaksa mengkhianati Konoha. Akibat daripada itu, Sasuke telah menjadi buruan. Namun, Naruto tidak pernah berputus asa terhadap rakannya itu biarpun telah beberapa kali hampir dibunuh oleh Sasuke. Mereka bertarung buat kali terakhir sehingga kedua-dua mereka hilang sebelah tangan mereka. Akhirnya Sasuke sedar yang dia tidak pernah berseorangan di dunia kerana rakan-rakannya sentiasa ada untuknya. 

No comments:

Post a Comment

Sikap penting (A,B,C,D,E) bagi pelajar

A - Attitude/Sikap - Pelajar yang berjaya mempunyai sikap yang positif. - Rajin mengambil bahagian dalam pelajaran. - Bertanya apab...