Friday, 9 November 2018

Sunnah yang Dituntut dalam Islam


Sunnah yang patut kita buat sebagai orang Islam :

1) Jaga solat tahajjud

Solat tahajjud dibuat sebelum masuk waktu subuh . Solat tahajjud bertujuan untuk mendekatkan diri kita kepada Allah disaat masih ramai yang sedag tidur. Ia adalah satu sunnah ang sangat dituntut dalam Islam.

2) Baca Quran sebelum matahari terbit

Sebagai seorang muslim, adalah bagus untuk kita mulakan aktiviti harian kita dengan membaca Quran . Ini kerana, seseorang itu akan mendapat motivasi apabila dia memahami makna isi Al-Quran. Oleh itu, mulakanlah hari anda dengan membaca Quran.

3) Jangan tinggalkan solat subuh di masjid

"Jika ingin melihat kekuatan muslim di sesuatu tempat itu, lihatlah berapa ramai yang solat subuh di masjid" .

4) Jaga Solat Dhuha kerana ia adalah kunci rezeki

Solat dhuha merupakan suatu sunnah yang sangat dituntut oleh Rasulullah SAW. Ianya dilakukan selepas matahari naik.

5) Jaga sedekah setiap hari

Sebagai seorang muslim, kita perlu menjaga sedekah kita. Sentiasa membantu mereka yang memerlukan. Yakinlah bahawa harta kita takkan hilang sekiranya kita bersedekah sebaliknya Allah akan menambah lagi rahmat kepada kita.


No comments:

Post a Comment

Sikap penting (A,B,C,D,E) bagi pelajar

A - Attitude/Sikap - Pelajar yang berjaya mempunyai sikap yang positif. - Rajin mengambil bahagian dalam pelajaran. - Bertanya apab...