Friday, 28 December 2018

Sikap penting (A,B,C,D,E) bagi pelajar





A - Attitude/Sikap

- Pelajar yang berjaya mempunyai sikap yang positif.
- Rajin mengambil bahagian dalam pelajaran.
- Bertanya apabila tidak faham dan menjawab soalan apabila ditanya oleh gurunya, sewaktu di dalam     kelas.
- Mendengar dengan teliti ketika guru mengajar.


B - Belief/Kepercayaan

- Mempercayai bahawa anda ada kebolehan, kelebihan dan kekuatan tersendiri. Yakin bahawa anda       boleh lulus dalam peperiksaan dengan baik.
- Berusaha dengan gigih dan seterusnya membawa kepada kejayaan yang besar


C - Confidence/Keyakinan

- Berasa selesa ketika menghadapi peperiksaan.
- Yakin bahawa anda boleh menjawab soalan peperiksaan dengan baik.
- Sering bertanya apabila dia tidak memahami kandungan pelajaran yang guru sampaikan, dan             mengambil bahagian secara aktif di dalam kelas.


D - Determination/Keazaman
- Keazaman yang kuat mendorong pelajar berusaha dengan lebih gigih dan tekun.
- Tidak cepat berputus asa, dan menganggap kegagalan sebagai satu cabaran. Dia akan terus berusaha sehingga mencapai kejayaan, memperbanyakkan membaca dan memenuhi masa lapang dengan mengulangkaji.


E - Enthusiasm/Semangat

- Tidak pernah menangguhkan segala kerja sekolah.
- Membuat ulang kaji pelajaran sejak awal lagi sebelum menghadapi peperiksaan.
- Projek sekolah juga akan disiapkan sebelum tarikh akhir penghantaran.
- Semangat yang tinggi akan meningkatkan kerajinan pelajar.

Kepentingan azam baharu


Kepentingan menentukan azam baharu

Apabila hampir menjelangnya tahun baru, pastinya riuh dengan masyarakat masing-masing ingin membentangkan tentang azam yang mereka ingin capai pada tahun hadapan.




Azam bukanlah perkataan keramat yang perlu disebut setiap kali tahun baharu menjelang. Malah ada di antara kita yang azamnya setiasa dibawa ke tahun-tahun akan datang, sebagai contoh, azam hendak menepati masa mengulang kaji pelajaran mengikut jadual yang telah disediakan. Bagi pelajar-pelajar yang biasa menepati masa, perkara ini nampaknya mudah ditunaikan berbanding bagi pelajar-pelajar yang tegar. Kebanyakan pelajar masih belum berjaya menunaikan perubahan positif yang dijanjikan.

'Saya berazam nak belajar bersungguh-sungguh pada tahun ini', adalah azam utama dan paling popular yang dipilih oleh pelajar-pelajar sekolah pada setiap tahun demi mencapai citi-cita memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang bakal mereka duduki nanti.

Secara umumnya, azam baharu merupakan suatu perubahan. Walaupun kita tak menjanjikan berlakunya perubahan, tetapi dengan perkataan itu sendiri, bakal terbit nilai perubahan atau ingin berubah dari suatu sifat ke sifat lain.

Kepentingan persediaan mental

Persediaan Mental dalam Belajar

Persediaan mental sangat penting dalah kehidupan harian. Ini kerana mental yang sihat dapat menjami kesejahteraan fikiran dah ketenangan dalam hati seseorang.

Para pelajar sering menganggap peperiksaan adalah sesuatu yang membebankan dan perlu dijauhi. Peperiksaan sering dikaitkan dengan pelbagai tanggapan negatif pelajar seperti membosankan, susah, takut gagal, tidak boleh buat, tertekan, dan sebagainya. Oleh itu, persediaan mental sebelum menghadapi peperiksaan amat penting supaya peperiksaan yang dilalui berlangsung dengan lancar dan penuh yakin. Selalulah berfikir secara positif dan berpandangan jauh. Katakan dalam diri kamu bahawa dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang sahaja, kamu akan menggapai sebuah kehidupan yang bahagia pada masa hadapan.

Untuk berjaya, seseorang itu perlu berusaha kerana kejayaan tidak akan datang bergolek. Hayatilah peribahasa 'Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian' maka pasti kamu akan merasakan peperiksaan yang dilalui bukan sesuatu yang membebankan, tetapi jambatan menuju kebahagiaan. Justeru, belajarlah mencintai peperiksaan dan ujian bulanan yang diadakan sepanjang tahun di sekolah. Anggaplah peperiksaan tersebut dapat membantu kamu dalam menjawab peperiksaan yang sebenar kerana melalui peperiksaan sahajalah kamu dapat mengukur sejauh mana kamu mempelajari sesuatu ilmu.

Cara Meningkatkan Semangat Patriotisme


Pada masa kini, semangat patriotik semakin hlang dari diri masyarakat Malaysia. Remaja sudah tidak menghargai sumbangan pejuang kemerdekaan, masyarakat pula semakin lupa akan sejarah. Semangat patriotisme amat penting dalam mengekalkan kehairmonian dalam negara.

1) Menerapkan semangat patriotisme

Semua pihak perlu berusaha untuk menerapkan semangat patriotisme dalam diri setiap lapasan masyarakat khususnya yang masih bersekolah. Ini kerana mereka ini merupakan bakal pemimpn negara pada masa hadapan. Amat penting bagi mereka untuk menghargai nilai-nilai murni berkaitan patriotisme agar mereka tidak lupa asal-usul mereka.

2) Mengadakan lebih banyak "event" patriotisme

Pada zaman moden kini, banyak konsert pelbagai jenis diadakan di Malaysia. Artis-artis dari luar negara seperti dari Korea dan Amerika dibawa masuk ke dalam negara untuk mengadakan konsert. Adalah lebih baik jika pihak bertanggungjawab mengadakan konsert patriotik yang mempunyai tenaga yang sama seperti konsert lain. 






3)  Industri filem mengadakan lebih banyak filem sejarah

Seperti di  Korea, mereka banyak menerbitkan filem-filem yang berkaitan dengan sejarah mereka. Melalui cara itu, saya banyak mempelajari sejarah-sejarah berkaitan negara tersebut malah bole menghafal nama raja-raja korea pada zaman dahulu. Semua ini adalah asil usaha industri perfileman mereka yang berusaha untuk menyebarkan nilai-nilai sejarah mereka ke serata dunia. Perkara sebegini boleh ditiru oleh industri tempatan untuk memperkenalkan lagi masyarakat kita dengan sejarah negara kita yang mungkin tidak pernah diketahui. 

4) Memajukan muzium-muzium negara

Muzium negara adalah satu tempat yang penting yang menyimpan pelbagai sejarah tradisional di Malaysia. Namun begitu, pemasaran berkaitan muzium ini kurang dijalankan menyebabkan masyarakat kurang berminat untuk berkunjung ke sana.Pemasaran yang lebih agresif perlu dijalankan untuk meningkatkan bilangan pengunjung ke sana. 






Cara 'Marketing' Produk

Marketing adalah sesuatu perkara asas dalam perniagaan. Ini kerana marketing dapat menentukan hasil yang akan diperoleh oleh peniaga sesuatu produk. Marketing yang baik dapat menjana untung manakala kesilapan marketing booleh menyebabkan kerugian. Berikut adalah beberapa tips yang boleh digunakan dalam marketing:

1) Jangan kedekut

Untuk memasarkan produk, peniaga tidak boleh berkira dalam melabukan wang untuk mengiklankan sesuatu produk. Ini kerana iklan adalah sangat penting supaya masyarakat dapat mengenali tntang produk kita.

2) Sentiasa rekrut agen

Peniaga perlu rajin untuk merekrut agen supaya dapat meningkatkan peluang perniagaan. Semakin ramai agen, semakin banyak pemasaran yang dapat dibuat sekaligus meningkatkan peluang jualan sesuatu produk.

3) Jaga agen

Pemilik produk perlu sentiasa menjaga agen mereka iaitu dengan memberikan tunjuk ajar tentang cara untuk memasarkan sesuatu produk. Peniaga boleh membantu agen dengan cara menyediakan bahan marketing, buat kelas asas marketing, dan memberitahu strategi marketing.

4) Memberikan inisiatif atau bonus

Paa masa tertentu, peniaga perlu menunjukkan penghargaan kepada agen-agen produk. In bagi meningkatkan motivasi mereka agar dapat menjual dengan lebih banyak. Contohnya, memberikan bonus kepada agen yang dapat menjual pada kuatiti tertentu atau memberikan bonus pada hari perayaan.

5) Bersikap kreatif dalam marketing

Peniaga perlu bijak dalam melakukan marketing. Peniaga perlu mengelakkan marketing yang sama seperti peniaga-peniaga yang lain kerana ianya menyebabkan produk tersebut susah untuk menonjol berbanding produk lain. Peniaga perlu bersikap kreatif dalam memasarkan produknya.


Kecergasan Fizikal


Kecergasan fizikal penting bagi menjamin kesihatan yang baik. Kita sepatutunya perlu meluangkan sedikit masa dalam aktiviti harian untuk melakukan senaman. Komponen-komponen kesihatan adalah seperti yang berikut:





a) Ketahanan Kardiovaskular / kemampuan aerobik

Kemampuan otot jantung berfungsi secara berkesan untuk membolehkan kita bekerja dalam jangka masa panjang tanpa merasa terlalu letih.

b) Ketahanan Otot
Kemampuan sekumpulan otot untuk menjalankan pengecutan berulang dalam satu jangka masa yang cukup untuk menyebabkan otot merasa letih

c) Kekuatan Otot

Kekuatan maksima yang boleh diwujudkan oleh satu atau sekumpulan otot tertentu.

d) Keanjalan
Kemampuan sendi-sendi untuk bergerak pada kadar sepenuhnya.

e) Komposisi badan
Merujuk kepada peratusan berat badan, berkaitan lemak dan tisu tanpa lemak.

Komponen kemahiran- berkaitan kecergasan banyak berkait rapat dengan kemahiran sukan

Sebab Perlu Mendirikan Solat


1) Solat adalah sebaik-baik amalan

Solat merupakan rukun Islam kedua iaitu selepas mengucap kalimah shahadah. Ia merupakan antara perkara yang akan disal di dalam kubur

2) Solat dapat menghapuskan dosa

Solat dapat membantu manusia untuk menghapuskan dosa. Ini kerana melalui solat, manusia boleh memohon taubat kepada Allah atas dosa-dosa yang telah dilakukan.

3) Mendekatkan diri kepada Allah

Melalui solat, kita dapat mendekatkan diri kita kepada Allah. Solat yang khusyuk dapat mendekatkan hati kita kepada Allah. Begitu juga apabila kita melakukan solat tahajjud.

4) Solat merupakan tiang agama.

Solat dapat membantu manusia untuk menjadi lebih baik. Ini kerana setiap kali solat, kita memohon taubat kepada Allah dan berazam untuk tidak melakukan dosa lagi. Ini dapat membantu kita mencegah daripada melakukan dosa. 

Fakta-fakta Menarik tentang Kucing

1) Memori

 Kucing punya memori yang lebih baik dari anjing, monyet dan orang utan.

2) Penglihatan

Penglihatan kucing enam kali lebih baik dari manusia pada waktu malam kerana taperum lucidum, sel khusus yang menyerap cahaya.


3) Mandi

Kucing mandi (menjilat dirinya) selepas mengalami kejadian berbahaya untuk menenangkan diri.


4) Jantung kucing

Jantung kucing berdenyut dua kali lebih cepat dari manusia (110-140 denyutan seminit).

5) Pembiakan 

Kucing jantan membiak setelah berusia antara 7-10 bulan, sementara kucing betina antara 5-9 bulan.

6) Mata kucing

Semua kucing lahir dengan mata berwarna biru.

7) Darah kucing

 Kucing boleh mendermakan darahnya kepada kucing lain.

8) Langkahan kucing

Kucing melangkah dengan kedua kaki kirinya dulu, baru kedua kaki kanannya.

9) Mata yang besar

 Berbanding dengan ukuran tubuh mereka, kucing mempunyai mata terbesar berbanding mamalia yang lain.

10) Kucing betina

Seekor kucing hamil selama 58-65 hari.



Tips Bersenam


1) Berhenti memberi alasan.
Perkara paling penting untuk menjadi sihat adalah berhenti memberi alasan. Secara tidak sedar, hidup kita sudah banyak dirosakkan dengan 1001 alasan untuk memulakan sesuatu yang sihat. Sebagai contoh jika anda ditanya, bila anda hendak memulakan rutin senaman, pasti terdengar jawapan seperti ‘nantilah’, ‘esoklah’, atau ‘mula minggu depanlah’. Alasan sebegini seolah-olah menipu diri anda sendiri kerana anda tidak berasa bersalah terhadap diri sendiri disebabkan alasan tersebut.
2) Jadikan rutin.
Kesihatan yang baik adalah keperluan untuk hidup. Dengan memikirkan dan menetapkan bahawa bersenam adalah sesuatu rutin yang penting seperti rutin sihat yang lain, lama kelamaan secara automatik anda ingin melakukan senaman sama seperti rutin anda menggosok gigi. Sehari tak bersenam, gelisah satu badan
3) Konsisten
Dalam bersenam, kita perlu konsisten bersenam sekurang-kurangnya 3  kali seminggu. Senaman yang tidak konsisten menyebabkan tidak banyak perubahan berlaku dan kita akan menjadi lebih malas untuk bersenam di lain masa.
4) Mulakan dengan perlahan.
Ramai orang yang baru mula bersenam mengharapkan kesan yang ketara dalam masa sekejap. Ketika baru bermain gym, seseorang itu perlu bermula dengan perlahan iaitu dengan tidak menggunakan beban yang terlampau berat bagi mengelakkan kecederaan.


Tuesday, 25 December 2018

Fakta Menarik Negara-Negara Di Dunia 2


1. Paling kering: Libya
Sebahagian besar muka bumi Libya merupakan padang pasir, iaitu 99%. Oleh itu, kebanyakan wilayah di negara itu ada yang sudah tidak menerima walau setitik hujan selama berdekad-dekad lamanya.

2. Paling kurang aman: Syria
Akibat peperangan dan pergaduhan yang tidak henti-henti di negara ini, Syria merupakan negara paling kurang selamat ketika ini.

3. Pembekal oksigen terbesar: Rusia
Rusia merupakan pembekal oksigen terbesar dunia terima kasih kepada Siberia yang mempunyai 1/4 daripada hutan di dunia. Malah, kawasan hutannya juga lebih besar daripada keluasan AS.

4. Pengeluar opium terbesar: Afghanistan
Afghanistan menghasilkan 95% daripada bekalan opium dunia, dengan nilai eksport tahunan sebanyak $4 bilion.

5. Paling ramai banduan: Amerika Syarikat
coJumlah banduan di AS sangat tinggi iaitu seramai 2 juta orang. China pula jatuh ke tempat kedua dengan jumlah 1.4 juta orang banduan, namun lebih baik jika dibandingkan dengan populasinya yang sebanyak 2 bilion orang itu.-MYNEWSHUB.CC

Fakta Menarik Negara-Negara Di Dunia

1. Paling Banyak Hutan: Suriname
Suriname merupakan sebuah negara yang terletak di Amerika Selatan dan mempunyai paling banyak hutan, iaitu merangkumi 91% daripada buminya.
2. Tiada hutan: Haiti
Payah untuk mencari nagara yang tiada ladang langsung. Namun, Singapura dan Vatican City merupakan dua buah negara di negara yang tidak mempunyai ladang ternakan atau tanaman.
4. Paling banyak bahasa: Papua New Guinea
Walaupun bahasa rasminya adalah Bahasa Inggeris, namun hanya sebahagian kecil sahaj rakyatnya yang bertutur dalam bahasa itu. Negara itu mempunyai 800 jenis bahasa pertuturan, yang merangkumi 12% daripada jumlah bahasa di seluruh dunia.

5. Paling berpendidikan: Kanada
Separuh daripada populasi Kanada mempunyai pendidikan peringkat universiti, diikuti dengan Israel di tempat kedua dan Jepun di tempat ketiga.

Sikap penting (A,B,C,D,E) bagi pelajar

A - Attitude/Sikap - Pelajar yang berjaya mempunyai sikap yang positif. - Rajin mengambil bahagian dalam pelajaran. - Bertanya apab...