Tuesday, 25 December 2018
Cara Menangani Stress
Tekanan adalah satu sifat biasa bagi seorang manusia. Tekanan adalah sesuatu yang mebuatkan hidup rasa lebih bermakna. Tanpa tekanan, tiadalah nikmat kehidupan. Namun begitu, kita perlu bijak dalam menangani tekanan agar kita tidak melakukakn suatu tindakan yang melampau. Berikut adalah beberapa cara untuk menangani tekanan:
1) Meluahkan tekanan secara positif
Antara cara biasa orang meluahkan tekanan adalah menerusi mendengar lagu atau menulis. Melalui cara ini, kita akan berasa lebih bebas daripada tekanan.
2) Sentiasa berasa bersyukur
Kita perlu menanamkan sifat syukur dalam diri kerana mash diberi peluang untuk hidup. Kita juga perlu sentiasa tengok orang yang kurang bernasib baik berbanding kita agar kita berasa lebih bersyukur.
3) Berkawan dengan orang yang baik
Berkawan dan mendampingi orang yang baik penting supaya dia boleh memberikan nasihat yang baik kepada kita. Nasihat tersebut dapat membimbing kita kearah menjadi manusia yang lebih baik.
4) Hiburkan diri anda
Hiburan memainkan peranan yang penting untuk menangani stress. Ini kerana ia dapat membantu kita untuk melupakan sejenak tentang sesuatu yang menyebabkan kita menghadapi tekanan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sikap penting (A,B,C,D,E) bagi pelajar
A - Attitude/Sikap - Pelajar yang berjaya mempunyai sikap yang positif. - Rajin mengambil bahagian dalam pelajaran. - Bertanya apab...
-
Kepentingan menentukan azam baharu Apabila hampir menjelangnya tahun baru, pastinya riuh dengan masyarakat masing-masing ingin memben...
-
4 kebaikan mengamalkan pemakanan seimbang ... 1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal. Tubuh badan m...

No comments:
Post a Comment