Sunday, 23 December 2018
Cara Meningkatkan Iman
Allah telah menciptakan manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi. Oleh itu, manusia perlu sentiasa beribadat kepada Allah. Namun begitu, pada zaman moden ini manusia menjadi semakin lalai termasuk orang Islam sendiri. Perkara-perkara maksiat semakin berleluasa dan golongan muda semakin jauh daripada Allah. Kita perlu berusaha untuk meningkatkan iman. Berikut adalah beberapa cara untuk meningkatkan iman kepada Allah SWT:
1) Memperbaiki ibadat solat
Solat adalah rukun islam kedua selepas shahadat. Solat merupakan tiang agama dan ini menunjukkan betapa penting ibadat solat.
2) Mendalami Al-Quran
Orang Islam zaman sekarang semakin jauh dengan Al-Quran sedangkan Al-Quran merupakan kalimat penting ang diturunkan oleh Allah kepada umat manusia. Kita perlu sentiasa berusaha untuk melancarkan bacaan dan paling penting memahami maksud di dalam Al-Quran.
3) Berkumpul dengan Orang Soleh
Untuk menjadi seorang yang baik, kita perlu sentiasa mendekati orang yang baik. Ini kerana rakan kita akan mempengaruhi perbuatan kita. Orang yang baik akan sentiasa mengingatkan rakannya tentang sesuatu yang baik.
4) Menghayati Alam Semesta
Allah telah menciptakan pelbagai benda seperti matahari, bintang, bulan, gunung-ganang, laut dan macam-macam lagi. Sekiranya seseorang itu berfikir, pastinya mereka sedar ia adalah ciptaan Yang Maha Berkuasa. Adalah mustahil untuk perkara-perkara sebegitu terjadi dengan sendirinya. Ini dapat mendekatkan diri seseorang kepada Allah SWT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sikap penting (A,B,C,D,E) bagi pelajar
A - Attitude/Sikap - Pelajar yang berjaya mempunyai sikap yang positif. - Rajin mengambil bahagian dalam pelajaran. - Bertanya apab...
-
Kepentingan menentukan azam baharu Apabila hampir menjelangnya tahun baru, pastinya riuh dengan masyarakat masing-masing ingin memben...
-
4 kebaikan mengamalkan pemakanan seimbang ... 1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal. Tubuh badan m...
No comments:
Post a Comment