Friday, 7 December 2018

Sikap Rakyat Jepun






Negara Jepun merupakan sebuah negara yang penduduknya sangat menghormati orang lain. Mereka sangat beradab dan bersopan-santun orangnya. Saya dan keluarga sudah 2 kali ke Jepun, dan daripada pemerhatian saya, rakyat Jepun merupakan contoh rakyat yang mempunyai sifat-sifat yang sangat baik. Gaya percakapan mereka adalah sangat lembut dan tidak lekang daripada mengucapkan terima-kasih kepada kami. Di stesen kereta api, mereka beratur dengan kemas untuk menaiki kereta api. Ini adalah situasiyang sangat sukar dilihat terutamanya di Malaysia 😂 Di restoran pula, mereka membuatkan tetamu teruja untuk masuk ke kedai mereka dengan cara meraikan pelanggan yang datang. Memang best and excited lah senang cerita. Yang paling penting adalah negara mereka sangat bersih. Susah kalau nak cari sampah sarap di jalan mereka. Walaupun tiada tong sampah, mereka tetap tidak buang sampah di merata-rata tempat. Ini adalah suatu sikap yang sangat perlu dicontohi oleh rakyat Malaysia kerana di sini, walaupun banyak tong sampah disediakan, masih banyak sampah sarap yang dibuang di merata-rata tempat. Jikalaulah rakyat Jepun ini beragama Islam, pastinya mereka adalah rakyat Islam terbaik di dunia dengan sikap-sikap mereka adalah sama seperti yang Islam ajar. 

No comments:

Post a Comment

Sikap penting (A,B,C,D,E) bagi pelajar

A - Attitude/Sikap - Pelajar yang berjaya mempunyai sikap yang positif. - Rajin mengambil bahagian dalam pelajaran. - Bertanya apab...