Sunday, 23 December 2018
"Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh"
Setiap manusia mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Adalah penting untuk bersikap saling bertoleransi antara satu-sama lain untuk mengekalkan keharmonian negara. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya. Keamanan yang kita nikmati selama ini kita tidak akan dapat rasai sekiranya kita tidak menghormati antara satu-sama lain. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan usaha nenek moyang kita yang berusaha untuk mewujudkan sebuah negara aman menjadi sia-sia. Kita bertanggungjawab untuk memastikan keamanan di negara ini dikekalkan supaya dapat dinikmati generasi akan datang. Kita tidak sepatutnya membiarkan perbezaan pendapat dalam politik memecahbelahkan rakyat, sebaliknya melalui perbezaan pendapat itu kita bersama mewujudkan sebuah negara yang aman dan maju dalam pelbagai aspek.
Sekiranya kita tidak saling hormat-menghormati antara satu sama lain, keamanan yang kita nikmati sekarang akan hilang. Bak kata "Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh". Pepatah ini mengatakan semua rakyat Malaysia perlu bersatu demi memastikan keharmonian negara dapat dikekalkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sikap penting (A,B,C,D,E) bagi pelajar
A - Attitude/Sikap - Pelajar yang berjaya mempunyai sikap yang positif. - Rajin mengambil bahagian dalam pelajaran. - Bertanya apab...
-
Kepentingan menentukan azam baharu Apabila hampir menjelangnya tahun baru, pastinya riuh dengan masyarakat masing-masing ingin memben...
-
4 kebaikan mengamalkan pemakanan seimbang ... 1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal. Tubuh badan m...

No comments:
Post a Comment