1) Berhenti memberi alasan.
Perkara paling penting untuk menjadi sihat adalah berhenti memberi alasan. Secara tidak sedar, hidup kita sudah banyak dirosakkan dengan 1001 alasan untuk memulakan sesuatu yang sihat. Sebagai contoh jika anda ditanya, bila anda hendak memulakan rutin senaman, pasti terdengar jawapan seperti ‘nantilah’, ‘esoklah’, atau ‘mula minggu depanlah’. Alasan sebegini seolah-olah menipu diri anda sendiri kerana anda tidak berasa bersalah terhadap diri sendiri disebabkan alasan tersebut.
2) Jadikan rutin.
Kesihatan yang baik adalah keperluan untuk hidup. Dengan memikirkan dan menetapkan bahawa bersenam adalah sesuatu rutin yang penting seperti rutin sihat yang lain, lama kelamaan secara automatik anda ingin melakukan senaman sama seperti rutin anda menggosok gigi. Sehari tak bersenam, gelisah satu badan
3) Konsisten
Dalam bersenam, kita perlu konsisten bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Senaman yang tidak konsisten menyebabkan tidak banyak perubahan berlaku dan kita akan menjadi lebih malas untuk bersenam di lain masa.
4) Mulakan dengan perlahan.
Ramai orang yang baru mula bersenam mengharapkan kesan yang ketara dalam masa sekejap. Ketika baru bermain gym, seseorang itu perlu bermula dengan perlahan iaitu dengan tidak menggunakan beban yang terlampau berat bagi mengelakkan kecederaan.
No comments:
Post a Comment