Friday, 28 December 2018

Kecergasan Fizikal


Kecergasan fizikal penting bagi menjamin kesihatan yang baik. Kita sepatutunya perlu meluangkan sedikit masa dalam aktiviti harian untuk melakukan senaman. Komponen-komponen kesihatan adalah seperti yang berikut:





a) Ketahanan Kardiovaskular / kemampuan aerobik

Kemampuan otot jantung berfungsi secara berkesan untuk membolehkan kita bekerja dalam jangka masa panjang tanpa merasa terlalu letih.

b) Ketahanan Otot
Kemampuan sekumpulan otot untuk menjalankan pengecutan berulang dalam satu jangka masa yang cukup untuk menyebabkan otot merasa letih

c) Kekuatan Otot

Kekuatan maksima yang boleh diwujudkan oleh satu atau sekumpulan otot tertentu.

d) Keanjalan
Kemampuan sendi-sendi untuk bergerak pada kadar sepenuhnya.

e) Komposisi badan
Merujuk kepada peratusan berat badan, berkaitan lemak dan tisu tanpa lemak.

Komponen kemahiran- berkaitan kecergasan banyak berkait rapat dengan kemahiran sukan

No comments:

Post a Comment

Sikap penting (A,B,C,D,E) bagi pelajar

A - Attitude/Sikap - Pelajar yang berjaya mempunyai sikap yang positif. - Rajin mengambil bahagian dalam pelajaran. - Bertanya apab...