A - Attitude/Sikap
- Pelajar yang berjaya mempunyai sikap yang positif.
- Rajin mengambil bahagian dalam pelajaran.
- Bertanya apabila tidak faham dan menjawab soalan apabila ditanya oleh gurunya, sewaktu di dalam kelas.
- Mendengar dengan teliti ketika guru mengajar.
B - Belief/Kepercayaan
- Mempercayai bahawa anda ada kebolehan, kelebihan dan kekuatan tersendiri. Yakin bahawa anda boleh lulus dalam peperiksaan dengan baik.
- Berusaha dengan gigih dan seterusnya membawa kepada kejayaan yang besar
C - Confidence/Keyakinan
- Berasa selesa ketika menghadapi peperiksaan.
- Yakin bahawa anda boleh menjawab soalan peperiksaan dengan baik.
- Sering bertanya apabila dia tidak memahami kandungan pelajaran yang guru sampaikan, dan mengambil bahagian secara aktif di dalam kelas.
D - Determination/Keazaman
- Keazaman yang kuat mendorong pelajar berusaha dengan lebih gigih dan tekun.
- Tidak cepat berputus asa, dan menganggap kegagalan sebagai satu cabaran. Dia akan terus berusaha sehingga mencapai kejayaan, memperbanyakkan membaca dan memenuhi masa lapang dengan mengulangkaji.
- Tidak pernah menangguhkan segala kerja sekolah.
- Membuat ulang kaji pelajaran sejak awal lagi sebelum menghadapi peperiksaan.
- Projek sekolah juga akan disiapkan sebelum tarikh akhir penghantaran.
- Semangat yang tinggi akan meningkatkan kerajinan pelajar.










